Tarikh : 04 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tertutup , Tapak Pesta Pulau Pinang
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menerima jemputan daripada Puspanita Cawangan Negeri Pulau Pinang sebagai wakil kepada Puspanita Negeri Kedah untuk menyertai program Zumba Madani bersama Puspanita Negeri Pulau Pinang Sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara.
Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar wakil seramai 12 orang hadir pada program tersebut. Ianya turut disertai oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng yang juga bersama-sama melakukan zumba tersebut. Program tersebut bermula pada jam 7.30pagi sehingga 9.00pagi. Setelah selesai program tersebut, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida bersama sebelas (11) orang ahli turut berpeluang melawat pavilion serta pameran yang ada di Program tersebut.
Program Madani Rakyat 2024 ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula 3-5 Mei 2024 (Jumaat-Ahad). Terdapat pelbagai perkhidmatan dan pameran daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri termasuk GLC dan swasta seperti pameran, karnival kerjaya, jualan MADANI dan bermacam lagi.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#ZumbaMadanibersamaPUSPANITANegeriPulauPinang