18 Disember 2025 (Khamis)
Biro Kebajikan PUSPANITA Negeri Kedah telah meneruskan Program Penyampaian Wakalah Agihan Zakat bagi Tahun 2025 ke Daerah Bandar Baharu. Seramai empat (4) orang penerima yang layak telah menerima sumbangan, melibatkan dua (2) orang penerima dari Selama dan dua (2) orang penerima dari Serdang.
Sumbangan wakalah zakat telah disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta AJK Biro Kebajikan PUSPANITA Negeri Kedah.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas sumbang kepada golong asnaf di Daerah Bandar Baharu. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban golongan asnaf di Daerah Bandar Baharu sekaligus mengeratkan lagi hubungan antara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta masyarakat Daerah Bandar Baharu.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua


















































