𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐓𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟓: 𝐑𝐄𝐃 𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐑𝐄𝐀𝐌 “𝐒𝐄𝐊𝐀𝐋𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐃𝐈, 𝐒𝐄𝐈𝐊𝐇𝐋𝐀𝐒 𝐉𝐀𝐒𝐀".
04 Disember 2025 (Khamis)
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui Biro Pesara telah menganjurkan PUSPANITA Tea Party 2025: Red Elegance and Cream “Sekalung Budi, Seikhlas Jasa” bagi menghargai mantan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang tidak lagi menganggotai Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, bertempat di Dewan Mayang Emas, The Jerai Hotel, hari ini.
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah merakamkan penghargaan atas segala jasa dan komitmen yang telah dicurahkan oleh para mantan Ahli Jawatankuasa terhadap PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. PUSPANITA juga sentiasa mendoakan agar kesemuanya berada dalam perlindungan dan rahmat Ilahi walau di mana jua mereka berada.
Turut hadir ke majlis ini adalah YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd. Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Wira Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, YBhg. Datin Noor Hayati binti Ismail, Pengerusi Biro Pesara PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Tea Party 2025, YBhg. Datin Siti Fatimah binti Ahmad Rosdi, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YBhg. Datin Fauziah binti Halim, Pengerusi PUSPANITA Majlis Bandaraya Alor Setar, YBhg. Datin Tun Fariza Azima binti Abd Aziz, Pengerusi PUSPANITA Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Biasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua ahli Biro Pesara atas kejayaan menganjurkan sebuah majlis yang begitu indah dan meriah ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua







