Tuesday, 27 May 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐌 𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐

 

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐆𝐊𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐌 𝐀𝐉𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓































15 Mac 2025 (Khamis)

Pertandingan Seri Permainan Congkak dan Dam Aji Sempena Sambutan Hari Belia Negara anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Serdang, Kedah pada jam 10.00 pagi.

Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir bersama bagi memberi sokongan penuh sempena Program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu.

Sebanyak 8 kumpulan terdiri dari 24 orang ahli PUSPANITA bagi Permainan Congkak dan 8 orang ahli PUSPANITA bagi permainan Dam Aji telah menyertai pertandingan ini. Setiap peserta menunjukkan kehebatan bakat masing-masing dalam setiap pertandingan. Tahniah diucapkan kepada peserta yang menang dalam pertandingan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini terus utuh.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Monday, 26 May 2025

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐌𝐑𝐎𝐁𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓



𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐍𝐀𝐌𝐑𝐎𝐁𝐈𝐊 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓












15 Mac 2025 (Khamis)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menyertai Program Senamrobik Sempena Sambutan Hari Belia Negara yang telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Serdang, Kedah.

Program yang dianjurkan dengan penuh semangat belia ini telah menghimpunkan peserta daripada agensi-agensi kerajaan/swasta sekitar Daerah Bandar Baharu khususnya dan pelajar sekolah untuk sama-sama menyemarakkan gaya hidup sihat melalui senamrobik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas peluang yang diberikan kepada PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Kedah untuk turut serta.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟑𝐊𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟑𝐊𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓













15 Mac 2025 (Khamis)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah berjaya menyertai Program Fun Run 3km sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Serdang, Kedah.

Program yang dianjurkan dengan penuh semangat belia ini telah menghimpunkan peserta daripada agensi-agensi kerajaan/swasta sekitar Daerah Bandar Baharu khususnya dan pelajar sekolah untuk sama-sama menyemarakkan gaya hidup sihat melalui larian 3KM.

Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas peluang yang diberikan kepada PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Kedah untuk turut serta.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓













Tarikh    :  15 Mei 2025 (Khamis)
Masa     :   7.00 pagi
Tempat :  Kompleks Sukan Komuniti,  Serdang, Kedah

Sambutan Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2025 telah diadakan pada 15 Mei 2025. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu,
yang menzahirkan penghargaan terhadap penglibatan aktif golongan muda dalam menjayakan program tersebut.
Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa kira-kira 500 orang pengunjung dari penduduk dan agensi-agensi kerajaan/swasta sekitar Daerah Bandar Baharu khususnya penglibatan keseluruhan untuk kesemua acara sukan bagi program ini.

Bertemakan ‘Yakin Boleh’, program ini menampilkan pelbagai pengisian menarik seperti acara Senamrobik, Larian Fun Run 3km, Pertandingan Sukan Tradisional , Pertandingan Sepak Raga, aktiviti yang bertemakan Gaya Hidup Rakan Muda Dam Ular dan Eksplorace, pameran jabatan kerajaan, serta gerai-gerai jualan makanan.

Lebih mencuri tumpuan, program ini turut memperkenalkan reruai kamera 360 pertama di Bandar Baharu, selain pertandingan e-sukan Mobile Legend yang berjaya menarik minat golongan belia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua