𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐋𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐍 𝐑𝐔𝐍 𝟑𝐊𝐌 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
15 Mac 2025 (Khamis)
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah berjaya menyertai Program Fun Run 3km sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kedah 2025 yang telah diadakan di Kompleks Sukan Komuniti, Serdang, Kedah.
Program yang dianjurkan dengan penuh semangat belia ini telah menghimpunkan peserta daripada agensi-agensi kerajaan/swasta sekitar Daerah Bandar Baharu khususnya dan pelajar sekolah untuk sama-sama menyemarakkan gaya hidup sihat melalui larian 3KM.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu atas peluang yang diberikan kepada PUSPANITA Daerah Bandar Baharu Kedah untuk turut serta.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua