Tuesday, 21 February 2023

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU TAHUN 2023 16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)

16 FEBRUARI 2023 (KHAMIS)

DEWAN SERI SERDANG

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan  Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu tahun 2023 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah. Mesyuarat ini telah dirasmikan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Elmi Bin Yusoff, SDK., PSD., PMW., SDK., AMK., KAT., AMN., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu yang juga merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. 

Mesyuarat agung dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustazah Siti Solehah binti Abd Manaf, nyanyian lagu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan PUSPANITA. Seterusnya ialah ucapan aluan oleh YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.  YBhg. Datin Pengerusi melalui ucapan aluan beliau berharap agar penglibatan ahli-ahli PUSPANITA ini dapat memberikan impak dan nilai-nilai yang positif kepada semua yang terlibat.

YBhg. Datoโ€™ Haji Elmi selaku Penasihat Puspanita Daerah Bandar Baharu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu. YBhg. Datoโ€™ Pegawai Daerah melalui ucapan beliau berharap agar PUSPANITA dapat terus bergerak aktif demi berbakti kepada masyarakat serta sedia untuk bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan/NGO demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2023 telah diteruskan lagi selepas perasmian oleh Penasihat PUSPANITA Daerah. Mesyuarat ini telah   dipengerusikan oleh Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani binti Abd Halim. Antara perkara yang dibincangkan ialah pembentangan aktiviti sepanjang tahun 2022, pembentangan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022, pelantikan AJK dan Biro bagi penggal tahun 2023-2024, dan hal-hal lain yang berkaitan PUSPANITA.

YBhg. Datin Azlina selaku Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua AJK, Biro-biro dan semua ahli yang terlibat dalam menjayakan sebanyak 32 program dan aktiviti sepanjang tahun 2022 lalu. 

Beliau juga turut berharap agar PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu sentiasa memperkukuhkan kerjasama teguh sesama ahli bagi menjayakan semua aktiviti yang dirancang untuk diadakan pada tahun 2023.

Tahniah dan syabas untuk seluruh warga PUSPANITA Cawangan Kecil Bandar Baharu

๐Ÿ’ปWeb Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu: https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#lindungbandarbaharu
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua






















Friday, 17 February 2023

SALAM ISRAK MIKRAJ [27 REJAB 1444H / 18 FEBRUARI 2023]

 17 FEBRUARI 2023 (JUMAAT)

SALAM ISRAK MIKRAJ
27 REJAB 1444H / 18 FEBRUARI 2023


๐ผ๐‘˜โ„Ž๐‘™๐‘Ž๐‘  ๐ท๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘‘๐‘Ž :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.


Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

#kitajagakita
#kitamestimenang
#lindungdirilindungsemua
#lindungbandarbaharu
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua


 

Tuesday, 14 February 2023

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN APMM YANG KE - 18

 15 Februari 2023 (Rabu)

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN APMM YANG KE - 18

Ikhlas Daripada :-
๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’”๐’Š๐’‰๐’‚๐’•, ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Š, ๐’…๐’‚๐’
๐‘บ๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐‘พ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ท๐’–๐’”๐’‘๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’…๐’‚๐’“ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’–

๐Ÿ’ป Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#staysafe
#kitajagakita
#lindungdirilindungsemua
#puspanitabb
#kedahsejahteranikmatuntuksemua



Sunday, 12 February 2023

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Tahun 2023 akan diadakan seperti ketetapan berikut

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐Ÿ” ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘ (๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ)
๐Œ๐š๐ฌ๐š : ๐Ÿ—.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข
๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ : ๐ƒ๐ž๐ฐ๐š๐ง ๐’๐ž๐ซ๐ข ๐’๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐ 
๐๐š๐ค๐š๐ข๐š๐ง: ๐’๐ž๐ซ๐š๐ ๐š๐ฆ ๐๐”๐’๐๐€๐๐ˆ๐“๐€ / ๐๐ž๐ซ๐›๐š๐ฃ๐ฎ ๐Š๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ง๐  (๐”๐ง๐ ๐ฎ)
YBhg. Datoโ€™/ Datin / Puan / Cik Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu serta semua penjawat awam wanita dan suri penjawat awam adalah dijemput hadir.

โ€œ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐’๐„๐๐€๐Š๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“โ€
๐Ÿ’ป Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322



Wednesday, 8 February 2023

DAULAT TUANKU

 |08 FEBRUARI 2023|

DAULAT TUANKU 

Merafak Sembah dan Setinggi-Tinggi Ucapan Tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah.Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Keempat Pemerintahan sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke -16 pada 31 Januari 2023 bersamaan 09 Rejab 1444H

Dirgahayu Tuanku. Daulat Tuanku. 

Sembah Takzim daripada Penasihat, Pengerusi dan Seluruh Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

๐Ÿ’ป Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu :https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322
๐Ÿ’ป Facebook Page :https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#DaulatTuanku
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#mesradanberinformasi






Monday, 6 February 2023

SALAM TAKZIAH

| 07 FEBRUARI 2023 |

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐˜‡๐—ถ๐—ฎ๐—ต

๐˜š๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜›๐˜ข๐˜ฌ๐˜ป๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜›๐˜ถ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ช ๐˜‹๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜บ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ช

๐“˜๐“ด๐“ฑ๐“ต๐“ช๐“ผ ๐““๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“น๐“ช๐“ญ๐“ช:
๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’”๐’Š๐’‰๐’‚๐’•, ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Š, ๐’…๐’‚๐’
๐‘บ๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐‘พ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ท๐’–๐’”๐’‘๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’…๐’‚๐’“ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’–

๐Ÿ’ป Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua



Saturday, 4 February 2023

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—›๐—”๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐— 

 ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ง๐—›๐—”๐—œ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐— 

Bagi yang beragama Hindu & Selamat Bercuti

๐“˜๐“ด๐“ฑ๐“ต๐“ช๐“ผ ๐““๐“ช๐“ป๐“ฒ๐“น๐“ช๐“ญ๐“ช:
๐‘ท๐’†๐’๐’‚๐’”๐’Š๐’‰๐’‚๐’•, ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’†๐’“๐’–๐’”๐’Š, ๐’…๐’‚๐’
๐‘บ๐’†๐’๐’–๐’“๐’–๐’‰ ๐‘พ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐‘ท๐’–๐’”๐’‘๐’‚๐’๐’Š๐’•๐’‚ ๐‘ซ๐’‚๐’†๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ฉ๐’‚๐’๐’…๐’‚๐’“ ๐‘ฉ๐’‚๐’‰๐’‚๐’“๐’–

๐Ÿ’ป Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120


#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua



Friday, 3 February 2023

MESYUARAT BIRO-BIRO PUSPANITA BILANGAN 2 TAHUN 2022 DAN PERBINCANGAN PRA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA DAERAH BANDAR BAHARU 2023

02 Februari 2023 (Khamis)

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan satu Mesyuarat Biro-Biro PUSPANITA Bilangan 2 Tahun 2022 bertempat di Bukit Jawi Golf Resort pada 02 Februari 2023 yang lalu.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Datin Azlina binti Md Zuki. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha, Puan Marlia, Bendahari, Puan Rohana,Penolong Bendahari, Dr Rozaimah Binti Abu Talib,Pengerusi Biro Kesihatan, Puan Siti Nor Asikin binti Haria, Pengerusi Biro Promosi, Puan Hazlina Binti Baharum,Pengerusi Biro Kebajikan, Puan Noorulfarah Binti Kamaruddin Afifi ,Pengerusi Biro Agama, Puan Nor Rozmilah Binti Mohamed Rozmi, Pengerusi Biro Sukan, Puan Suzimuliani binti Mat Radzi,Pengerusi Biro Keusahawanan, Puan Norashikeen Binti Mohd Arshad, Setiausaha Biro Agama, Puan Fariza binti Ghazalli Setiausaha Biro Sukan, Puan Shahirah binti Salim Setiausaha Biro ICT, Puan Azida Binti Ishak, Puan Fatimah Binti Nik Mat, Puan Noor Azlina Asharoh Binti Adli, Puan Nurul Haniza Binti Abdul Ghani selaku AJK-AJK Tertinggi dan Puan Nurul Ain binti Samsudin iaitu Pemeriksa Kira-kira. 

Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 12.45 tengahari dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

๐Ÿ’ป Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua









MAJLIS BACAAN YASIN PEJABAT DAERAH DAN TANAH BANDAR BAHARU, MAJLIS DAERAH BANDAR BAHARU DAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

26 JANUARI 2023 (KHAMIS)

Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu Dan Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin bertempat di Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Bandar Baharu pada pukul 12.00 tengahari. 

Majlis bacaan yassin ini dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato'  Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Yang Berbahagia Datin Azlina Binti Md Zuki Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Fauzul Fitri bin Datoโ€™ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Tanah ), Tuan Mohamad Izwan Bin Dato' Paduka Mohd Omar Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Penolong Pegawai Daerah ( Pendaftaran ) serta semua kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis ini dimulai dengan ucapan aluan daripada Yang Berbahagia Datoโ€™ Pegawai Daerah, kemudian diteruskan dengan sesi bacaan yasin yang dipimpin  oleh Tuan Fauzul Fitri bin Datoโ€™ Haji Abdul Rahman, Ketua Penolong Pegawai Daerah ( Pengurusan Tanah ). Majlis ini diteruskan dengan jamuan makan bersama semua jemputan.

๐Ÿ’ป Web Rasmi 033322Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/033322033322

๐Ÿ’ป Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#staysafe

#kitajagakita

#lindungdirilindungsemua

#puspanitabb

#kedahsejahteranikmatuntuksemua