Monday, 30 June 2025

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐑𝐃 𝐂𝐎𝐑𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐄𝐄𝐊 - 𝐍𝐓𝐖) 𝟐𝟎𝟐𝟓

 

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐇𝐑𝐃 𝐂𝐎𝐑𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐀𝐈𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐖𝐄𝐄𝐊 - 𝐍𝐓𝐖) 𝟐𝟎𝟐𝟓


Tarikh    : 15 Jun 2025 (Ahad)
Masa     : 10:00 pagi - 6:00 petang
Tempat : Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang











Seramai 40 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menerima jemputan untuk menyertai Karnival Minggu Latihan Kebangsaan anjuran HRD Corp agensi di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia(KESUMA) yang berlangsung dengan meriah bertempat di Mydin Mall Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan latihan dan pembangunan kemahiran sepanjang hayat.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan termasuk pameran latihan, sesi ceramah motivasi, bengkel kemahiran, serta kaunter panduan kerjaya yang dibuka kepada orang ramai. Karnival ini turut memberi peluang kepada pelbagai agensi kerajaan dan swasta untuk berkongsi maklumat mengenai program latihan yang ditawarkan.

PUSPANITA turut dijemput untuk menyertai karnival ini sebagai rakan kolaborasi strategik. Kehadiran ahli-ahli PUSPANITA memeriahkan lagi suasana dengan penglibatan dalam sesi interaktif dan lawatan ke gerai-gerai pameran. Penyertaan ini menunjukkan komitmen PUSPANITA dalam menyokong agenda pembangunan modal insan selaras dengan matlamat HRD Corp.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada HRD Corp atas anjuran program ini dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

Saturday, 14 June 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐖𝐋𝐈𝐍𝐆



𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐖𝐋𝐈𝐍𝐆






















Tarikh   : 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa     : 2.00 petang
Tempat : Ole-ole Superbowl, Kulim, Kedah

Pertandingan Bowling anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Ole-Ole Superbowl, Kulim bermula pada 12 Jun 2025 bermula jam 2.00 petang dan berakhir sekitar jam 5.00 petang.

Majlis disempurnakan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail bersama Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut hadir memberi sokongan dan galakan untuk program ini.

Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kakitangan pejabat serta ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, selain menyemai semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan peserta.

Seramai 42 orang kakitangan dan ahli PUSPANITA telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini yang dibahagikan kepada 14 kumpulan terdiri dari 3 orang bagi setiap kumpulan. Sepanjang pertandingan, suasana begitu meriah dan penuh dengan gelak ketawa serta sorakan semangat daripada rakan-rakan sepasukan.

Antara kategori yang dipertandingkan termasuklah Pasukan Terbaik, Pemain Lelaki Terbaik dan Pemain Wanita Terbaik. Hadiah dan cenderahati turut disediakan bagi para pemenang sebagai penghargaan atas semangat dan pencapaian mereka.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sesi bergambar kenangan.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang telah menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍

 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍




















10 Jun 2025 (Selasa)

Majlis Gotong Royong Sempena Ibadah Korban telah diadakan dengan jayanya pada 10 Jun 2025 bertempat di Depoh Kenderaan Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah. Program bermula seawal pukul 8.00 pagi dengan kehadiran para peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Turut hadir memeriahkan program ini  ialah Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut memberi sokongan dan galakan untuk program ini.

Suasana sepanjang program begitu meriah dengan semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Tugas-tugas seperti melapah daging, membungkus, dan mengagih-agihkan daging korban dilakukan secara bersama-sama. Ahli-ahli PUSPANITA turut bergotong-royong menyediakan bahan masakan untuk jamuan, seperti memotong bahan menumis dan memasak hidangan untuk para tetamu dan sukarelawan.

Program gotong-royong ini bukan sahaja memberi peluang untuk beramal ibadah, malah turut menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan di samping memupuk semangat kerjasama dalam menyiapkan juadah untuk dinikmati bukan sahaja dalam kalangan ahli dan peserta yang hadir.

Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 - 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍

 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐀𝐊 - 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍
















01 Jun 2025 (Ahad)

Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidiladha Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2025 Daerah Bandar Baharu telah diadakan di The Event Hall ( Dewan Seri Tasik ) Serdang, Kedah pada 01 Jun 2025 jam 10:30 pagi.

Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidiladha Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah bagi Sesi Tahun 2025 Daerah Bandar Baharu telah disempurnakan oleh Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Sheikh Mohd Fadhil Bin Ab.Rahman Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Majlis diteruskan dengan penyerahan bantuan untuk Aidiladha yang berupa Set kelengkapan baju raya, hamper dan sumbangan wang tunai. Seramai 20 orang penerima yang terdiri daripada murid-murid dan pelajar sekolah di sekitar Daerah Bandar Baharu.

Menjunjung Kasih Yang Maha Mulia Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Che Puan Besar Kedah atas pengurniaan dan sumbangan yang diberikan.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Jabatan yang berkaitan , seluruh warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam menjayakan majlis.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua