𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐆𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆-𝐑𝐎𝐘𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐈𝐁𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍
10 Jun 2025 (Selasa)
Majlis Gotong Royong Sempena Ibadah Korban telah diadakan dengan jayanya pada 10 Jun 2025 bertempat di Depoh Kenderaan Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang, Kedah. Program bermula seawal pukul 8.00 pagi dengan kehadiran para peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang turut memberi sokongan dan galakan untuk program ini.
Suasana sepanjang program begitu meriah dengan semangat gotong-royong yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat. Tugas-tugas seperti melapah daging, membungkus, dan mengagih-agihkan daging korban dilakukan secara bersama-sama. Ahli-ahli PUSPANITA turut bergotong-royong menyediakan bahan masakan untuk jamuan, seperti memotong bahan menumis dan memasak hidangan untuk para tetamu dan sukarelawan.
Program gotong-royong ini bukan sahaja memberi peluang untuk beramal ibadah, malah turut menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim sesama kakitangan di samping memupuk semangat kerjasama dalam menyiapkan juadah untuk dinikmati bukan sahaja dalam kalangan ahli dan peserta yang hadir.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua