𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐑 𝐁𝐎𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐀𝐒 - 𝐑𝐈𝐕𝐄𝐑 𝐌𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐃
Seramai 15 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu bersama-sama kakitangan sebalik tabir bot berhias diraikan pada majlis Hi-Tea bersempena Pesta Ayaq Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2025 di Bengked Cafe, Parit Buntar, Perak.
Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir bersama pada majlis ini.
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah tampil dengan bot bertemakan ‘River Mermaid’ dan telah muncul sebagai Johan pertandingan.
Jutaan tahniah diucapkan kepada semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu atas komitmen dan usaha yang cukup mantap dalam penglibatan Pertandingan Bot Berhias sempena Pesta Ayaq Bandar Baharu ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua