Monday 13 May 2024

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 & 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐉𝐀𝐌𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 & 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


Tarikh   : 07 Mei 2024 (Selasa)
Masa     : 12.00 Tengah hari - 3.00 Petang
Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah

















Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 07 Mei 2024 bertempat di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah.

Majlis jamuan dihadiri oleh  Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi I, penghulu-Penghulu Mukim serta kakitangan Pejabat Daerah Dan Tanah Daerah Bandar Baharu, kakitangan Majlis Daerah Bandar Baharu dan Ahli Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Turut menghadiri Majlis Jamuan ini Ketua-Ketua Jabatan, Wakil-Wakil Ketua Jabatan, Exco Negeri Kedah, serta seluruh Jabatan Daerah Bandar baharu.

Majlis jamuan berjaya diadakan dengan jayanya. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini terus utuh.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐙𝐔𝐌𝐁𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐙𝐎𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀


𝐙𝐔𝐌𝐁𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐙𝐎𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

Tarikh : 04 Mei 2024 (Sabtu)
Tempat : Dewan Tertutup , Tapak Pesta Pulau Pinang




















Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menerima jemputan daripada Puspanita Cawangan Negeri Pulau Pinang sebagai wakil kepada Puspanita Negeri Kedah untuk menyertai program Zumba Madani bersama Puspanita Negeri Pulau Pinang Sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara.

Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar wakil seramai 12 orang hadir pada program tersebut. Ianya turut disertai oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng yang juga bersama-sama melakukan zumba tersebut. Program tersebut bermula pada jam 7.30pagi sehingga 9.00pagi. Setelah selesai program tersebut, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida bersama sebelas (11) orang ahli turut berpeluang melawat pavilion serta pameran yang ada di Program tersebut.

Program Madani Rakyat 2024 ini berlangsung selama tiga (3) hari bermula 3-5 Mei 2024 (Jumaat-Ahad). Terdapat pelbagai perkhidmatan dan pameran daripada Kerajaan Persekutuan dan Negeri termasuk GLC dan swasta  seperti pameran, karnival kerjaya, jualan MADANI dan bermacam lagi.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#ZumbaMadanibersamaPUSPANITANegeriPulauPinang


Tuesday 30 April 2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀

𝟎𝟏 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐚𝐛𝐮)


𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀




Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di seluruh Malaysia.

" 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 "

𝐼𝑘ℎ𝑙𝑎𝑠 𝐷𝑎𝑟𝑖𝑝𝑎𝑑𝑎 :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua




𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 𝟐𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
















PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Program Ziarah Kasih bagi menyantuni dan menziarahi bapa kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Hajar Binti Azizan yang kini terlantar sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri. Turut diziarahi Encik Mazran Bin Yusoff yang menetap di Perunahan Awam Serdang, Serdang, Kedah. Encik Mazran Bin Yusoff telah diserang penyakit strok dan kini tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri.

Justeru itu, atas dasar prihatin dan peka kepada keperluan mereka yang memerlukan,  PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyumbang sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan pesakit berkenaan.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam sesi penyerahan sumbangan secara ringkas ini ialah Puan Siti Halwani binti Abdul Halim, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek, Penolong Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Biro Kebajikan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pesakit berkenaan dan seterusnya memberi semangat dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menempuh ujian ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 25 April 2024 (Khamis)


𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


















Riadah Santai ini diadakan di Taman Rekreasi di Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu bersama Majlis Daerah Bandar Baharu serta Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program dirasmikan Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan dimulakan dengan aktiviti senamrobik serta taklimat ringkas oleh Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Puan Noor Shuhaida binti Bideng, iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Seramai 30 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu terlibat menyertai program gotong-royong ini.

Gotong -Royong melibatkan beberapa kawasan iaitu kawasan sekitar rekreasi Batu Hampar, kawasan kolam, gerai-gerai, tandas awam dan jalan masuk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu  atas penganjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua