Tuesday 30 April 2024

𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 25 April 2024 (Khamis)


𝐑𝐈𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔


















Riadah Santai ini diadakan di Taman Rekreasi di Batu Hampar, Air Puteh, Serdang Kedah yang telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu bersama Majlis Daerah Bandar Baharu serta Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program dirasmikan Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan dimulakan dengan aktiviti senamrobik serta taklimat ringkas oleh Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Puan Noor Shuhaida binti Bideng, iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Seramai 30 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu terlibat menyertai program gotong-royong ini.

Gotong -Royong melibatkan beberapa kawasan iaitu kawasan sekitar rekreasi Batu Hampar, kawasan kolam, gerai-gerai, tandas awam dan jalan masuk.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu  atas penganjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua