Friday 26 April 2024

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

 

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

ISNIN ( 22.04.2024)



















Sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman telah berlangsung di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah bermula jam 7.00 pagi dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Y.A.B Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta daripada pelbagai jabatan dalam negeri Kedah disertai dengan ketibaan Y.A.B. Menteri Besar Kedah dan dif-dif jemputan.

Setelah itu, diadakan sesi Taklimat Aktiviti Pembersihan Sungai – LSANK Buddies @ Sungai Kerian dan disusuli dengan aktiviti river cruise serta acara sukan rakyat.

Setelah selesai aktiviti pembersihan sungai, Y.A.B Menteri Besar Kedah dan dif-dif jemputan di bawa melawat ke booth pameran jabatan dan beramah mesra dengan pegawai-pegawai serta pengunjung di dataran tersebut.

Program diteruskan lagi dengan acara gimik perasmian Sambutan Hari Air Tahun 2024 Peringkat Negeri Kedah Darul Aman oleh Y.A.B. Menteri Besar Kedah serta penyampaian cenderahati kepada jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam menjayakan program dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukan rakyat.

Seramai 25 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut hadir menyerikan lagi majlis ini. Semoga ikatan ukhuwah antara ahli-ahli PUSPANITA ini terus utuh.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua