Wednesday 24 April 2024

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐔𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄-𝟒𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒


AHAD (31.03.2024)



















Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Kali Ke-40 Tahun 2024 telah diadakan di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, Jitra, Kedah.

YABhg. Tok Puan Hajah Jusmalailani binti Jusoh, isteri kepada YAB Menteri Besar Kedah merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah sudi hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung pada kali ini dan seterusnya menyempurnakan gimik pelancaran portal rasmi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah yang kini berwajah baharu.

Di dalam majlis yang sama, YABhg. Tok Puan turut menyampaikan sijil penghargaan kepada Biro-Biro PUSPANITA Cawangan Negeri Tahun 2023 bagi mengiktiraf sumbangan barisan jawatankuasa biro bagi tahun 2023. YABhg. Tok Puan kemudiannya telah sudi untuk melawat ke gerai-gerai jualan bersempena Karnival Usahawan PUSPA Suri 01.2024 bertempat di ruang legar dewan yang telah mengumpulkan sebanyak 23 orang usahawan terdiri daripada kalangan ahli PUSPANITA sendiri.

Mesyuarat Agung seterusnya telah dipengerusikan oleh YBhg. Datin Seri Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan telah berjalan dengan lancar. YBhg. Datin Seri kemudiannya berbesar hati untuk menyampaikan pemberian geran berjumlah RM5,000.00 kepada semua Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah di negeri Kedah agar dapat membantu para Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah menganjurkan program untuk manfaat ahli khususnya dan rakyat Negeri Kedah amnya.

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Kali Ke-40 ini telah berjaya mengumpulkan seramai 885 orang ahli PUSPANITA dari seluruh negeri Kedah.

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut menghantar 25 orang wakil bagi menghadiri mesyuarat agung tersebut.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam memberi sokongan dalam penganjuran Mesyuarat Agung PUSPANITA ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua