πππππππ ππππππ πππππππ πππππ/πππππ πππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππππ ππππππ πππππ
KHAMIS (28.03.2024)
Program Tanwir Ramadan 2024M/1445H telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah bermula dari 26 Mac hingga 28 Mac 2024 bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Program ini merupakan program tahunan yang diadakan bertujuan untuk menghayati dan mengimarahkan pengisian di bulan Ramadan. Pada tahun ini, program ini bertemakan βRamadan Penghijrahan Kesucian Jiwaβ dengan menampilkan tiga (3) penceramah utama iaitu YBhg. Datoβ Ustaz Mohammad Kazim Elias Al-Hafiz, Ustaz Mohd. Elyas bin Ismail dan Ustazah Dr. Robiah binti Kulop Hamzah.
Bersempena dengan penutupan program ini, YABhg. Tok Puan Hajah Jusmalailani binti Jusoh, suri kepada YAB Menteri Besar Kedah merangkap Penaung PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah sudi hadir ke sesi perkongsian ilmu oleh Ustazah Dr. Robiah binti Kulop Hamzah dengan tajuk βBerdamai Dengan Takdir Allahβ. Turut hadir bersama adalah YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Hajah Nurul Aznim binti Mohd Razalli, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Puan Sunita binti Abdul Aziz, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Program Tanwir Ramadan 2024M/1445H.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar 10 orang wakil bagi mengikuti sesi program tersebut. Semoga semua peserta dan ahli PUSPANITA yang menghadiri program ini memperoleh keberkatan daripada perkongsian ilmu tersebut.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua