𝟐𝟓 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬)
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈 𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐂𝐈𝐋 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Program Ziarah Kasih bagi menyantuni dan menziarahi bapa kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Siti Hajar Binti Azizan yang kini terlantar sakit dan tidak mampu menguruskan diri sendiri. Turut diziarahi Encik Mazran Bin Yusoff yang menetap di Perunahan Awam Serdang, Serdang, Kedah. Encik Mazran Bin Yusoff telah diserang penyakit strok dan kini tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri.
Justeru itu, atas dasar prihatin dan peka kepada keperluan mereka yang memerlukan, PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah menyumbang sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan pesakit berkenaan.
Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Turut serta dalam sesi penyerahan sumbangan secara ringkas ini ialah Puan Siti Halwani binti Abdul Halim, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek, Penolong Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Biro Kebajikan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pesakit berkenaan dan seterusnya memberi semangat dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menempuh ujian ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua