Wednesday 11 November 2020

Program Forum Maulidur Rasul 1442H / 2020 Peringkat Daerah Bandar Baharu yang diadakan Secara Langsung/Live.

 11 November 2020 (Rabu)

Program Forum Maulidur Rasul  1442H / 2020 Peringkat Daerah Bandar Baharu yang diadakan Secara Langsung/Live.

Program anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB) dengan Kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ini membariskan Al-Fadhil Ustaz Jafri bin Abu Bakar, Mudir Kompleks Islam Darul Faizin (Panel 1) dan Al-Fadhil Ustaz Hazwan Syah Niezam bin Abd Haniff, Ketua Bahagian Pengurusan Syariah LZNK (Panel 2) sebagai ahli panel serta Ustaz Mohammad Syafiq Bin Abu Bakar, Penolong Pengurus Bahagian Pengurusan Syariah LZNK sebagai moderator.

Ahli-ahli panel membahaskan forum yang bertajuk "Rahmatnya Rasulullah SAW dalam Kehidupan Bermasyarakat" dengan menggunakan aplikasi Zoom bagi menghubungkan ahli-ahli panel dengan agensi-agensi dari luar jabatan/daerah.

Program yang berlangsung secara atas talian (online) ini disiarkan secara langsung/live di FB MDBB dan LZNK merupakan norma baharu yang dipraktikkan sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Antara perkara yang dikupas oleh ahli panel ialah amalan yang boleh dipraktikkan umat Islam dalam meningkatkan rasa kasih dan sayang kepada Rasullullah SAW. Selain itu, ahli panel turut menerangkan berkenaan ciri-ciri keperibadian Rasullullah SAW yang wajar dicontohi oleh umat manusia.

Di samping itu, LZNK juga memaklumkan berkenaan aplikasi Zakat On Touch yang memberikan maklumat berkaitan zakat antaranya kutipan dan agihan secara real-time serta pengguna dapat melapor asnaf dan menyemak kelulusan permohonan. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play Store & Huawei Appgallery.

Ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi 2 PUSPANITA Bandar Baharu dan 9 orang ahli turut berkesempatan mengikuti forum berkenaan.

Terima kasih diucapkan kepada MDBB dan LZNK atas penganjuran forum berkenaan. Semoga kita semua memperolehi syafaat Baginda Rasulullah s.a.w serta mendapat ilmu yang bermanfaat dari pengisian forum tersebut .

#kitasayangnabi

#PuspanitaBB

#maulidurRasul