Sunday 2 May 2021

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH BANDAR BAHARU (JPBD) KHAS COVID-19 BILANGAN 1 TAHUN 2021.

02 MEI 2020 (AHAD)

Mesyuarat yang diadakan serentak secara bersemuka dan maya ini dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohamad Subhi Bin Abdullah, AMK., BCK. selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu.
 
Mesyuarat dimulakan dengan Aluan oleh Tuan Pengerusi dan disusuli dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu. 
 
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan beberapa taklimat iaitu :
 
a. Taklimat SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 01 Mei 2021 di lima daerah di Kedah termasuk Daerah Bandar Baharu oleh Encik Mohd Nurul Hasri bin Abdullah Hashim, wakil Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah.
 
b. Taklimat Status Terkini Covid-19 dan Pelan Tindakan yang dsampaikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah Bandar Baharu. 
 
c. Taklimat Pemantauan dan Penguatkuasaan yang disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Bandar Baharu. 
 
d. Laporan Agen Basmi Covid (ABC-19) yang disampaikan oleh Pegawai Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bandar Baharu.
 
e. Laporan Pengagihan Bantuan Bakul Makanan oleh wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu. 
 
f. Arahan Pelaksanaan Aktiviti Keagamaan Di Masjid dan Surau Negeri Kedah Dalam Tempoh PKP bagi Daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kulim, Baling dan Bandar Baharu (Dikemaskini : 01 Mei 2021) oleh Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu.
 
Antara yang turut hadir dan menyertai mesyuarat ini ialah YB Dato' ADUN Bandar Baharu, Ustaz Rohaizat Bin Haji Jaafar (Ketua Whip / Ahli Majlis MDBB), Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan), Penolong Pegawai Daerah (Pendaftaran), Komandan Depoh Imigresen Sementara Relau, Pegawai RELA Daerah Bandar Baharu, Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, wakil YDP MDBB, wakil Bomba dan Penyelamat Daerah Bandar Baharu, wakil Pegawai Perpaduan Daerah Kulim / Bandar Baharu, Penghulu-penghulu Mukim dan lain-lain Ketua / wakil Jabatan berkaitan dalam Daerah Bandar Baharu.
 
Mesyuarat diakhiri dengan Majlis Ringkas Bacaan Yassin dipimpin oleh Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu bersama semua ahli mesyuarat yang hadir bagi mendoakan keselamatan dan perlindungan dari Allah s.w.t. serta kesejahteraan untuk seluruh lapisan masyarakat khususnya di Daerah Bandar Baharu dalam menghadapi pandemik Covid-19.
Turut menyertai Majlis Bacaan Yassin ini ialah Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Cik Siti Atikah Binti Muktar , Timbalan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.