Sunday, 31 December 2023

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ’

 


π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 πŸπŸŽπŸπŸ’

Selamat tahun baru 2024 dengan semangat yang baru untuk membuat perubahan positif dalam hidup kita dan Masyarakat di sekeliling kita.

Semoga tahun baru ini memberi lebih kecemerlangan, kebahagiaan, keharmonian serta lebih banyak kejayaan.

π‘«π’Š π’Œπ’†π’ƒπ’–π’ 𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒐𝒉𝒐𝒏 π’˜π’‚π’“π’–
π‘«π’Š π’”π’†π’ƒπ’†π’π’‚π’‰π’π’šπ’‚ π’•π’–π’Žπ’ƒπ’–π’‰ 𝒂𝒍𝒐𝒆𝒗𝒆𝒓𝒂
π‘΄π’‚π’“π’Š π’”π’‚π’Žπ’ƒπ’–π’• 𝑻𝒂𝒉𝒖𝒏 𝑩𝒂𝒓𝒖
π‘«π’†π’π’ˆπ’‚π’ π’”π’†π’Žπ’‚π’π’ˆπ’‚π’• π’šπ’‚π’π’ˆ π’Žπ’†π’Žπ’ƒπ’‚π’“π’‚

Ikhlas Daripada :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua




Monday, 25 December 2023

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ‘πˆπ’πŒπ€π’

 


πŸπŸ“ πƒπ’π¬πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ‘ (𝐈𝐬𝐧𝐒𝐧)

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ‘πˆπ’πŒπ€π’

Selamat Menyambut Hari Krismas kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Raikanlah dengan penuh kegembiraan dan keceriaan bersama insan yang tersayang.

Ikhlas Daripada :
Penasihat,
Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa
Serta Seluruh Warga Puspanita Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ„π„π“ 𝐀𝐍𝐃 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓

 

























ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŒπ„π„π“ 𝐀𝐍𝐃 𝐆𝐑𝐄𝐄𝐓

Tarikh   : 14 Disember 2023 (Khamis)
Masa     : 11.00 pagi
Tempat : Gemala Cafe, Serdang, Kedah

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Program Meet and Greet pada 14 Disember 2023 jam 11.00 pagi bertempat di Gemala Cafe, Serdang, Kedah.

Program ini merupakan sesi perjumpaan suai kenal bersama Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu Puan Shuhaida binti Bideng. Turut hadir Puan Siti Halwani Abd Halim, Setiausaha PUSPANITA Bandar Baharu, Cik Nur Aqilah Afiqah Damsek, Penolong Setiausaha serta Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Biro-biro PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Setiap Pengerusi dan Setiausaha Biro-biro turut memperkenalkan diri dalam sesi tersebut.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu mengalu-alukan kedatangan Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu ke Daerah Bandar Baharu.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua









































Tuesday, 12 December 2023

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‘π€πŠπ€π ππ”πŒπˆ – ππ„ππ†π‡πˆπ‰π€π”π€π ππ„ππ€ππ€πŒπ€π 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘

 


ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π‘π€πŠπ€π ππ”πŒπˆ – ππ„ππ†π‡πˆπ‰π€π”π€π ππ„ππ€ππ€πŒπ€π 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘

Tarikh   : 10 Disember 2023 (Ahad)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Taman Tasik Awam Serdang, Serdang, Kedah

Program Penghijauan Penanaman Pokok Peringkat Daerah Bandar Baharu anjuran bersama Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Perhutanan Daerah Kedah Selatan dan PEMADAM Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Kelab Rekreasi Sukan Serdang Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 10 Disember 2023 jam 8.00 pagi bertempat di Taman Tasik Awam Serdang, Serdang,Kedah.

Program ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu iaitu Tuan Mohd Noor bin ismail, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Puan Shuhaida binti Bideng Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta serta ketibaan Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., ADUN Bandar Baharu, Prof. Dr. Mohd Suffian Bin Haji Yusoff, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Jabatan Daerah serta kakitangan-kakitangan agensi kerajaan dalam Daerah Bandar Baharu Serta Pelajar Universiti Kuala Lumpur Cawangan Kulim Kedah.

Aturcara program diteruskan dengan penyerahan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Jabatan yang terlibat dalam penganjuran bersama program ini.

Setelah itu, Tuan Pegawai Daerah, merangkap Pengerusi Puspanita Daerah Bandar Baharu menjalankan aktiviti penanaman pokok merbau sebagai simbolik program pada kali ini.

Program dijalankan bertujuan untuk menggalakkan penanaman pokok sebagai salah satu aktiviti penghijauan semula kawasan dan memelihara bumi untuk generasi akan datang. Pembangunan bandar yang seimbang dengan kelestarian alam sekitar.

Selain aktiviti penanaman pokok, terdapat juga aktiviti sampingan yang diadakan seperti β€˜tree climbing’, β€˜skyrunner’ dan berkayak di tasik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Perhutanan Daerah Kedah Selatan dan PEMADAM Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ni dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua






























Monday, 11 December 2023

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐃𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘

 


























π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π 𝐃𝐀𝐍 π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘

Tarikh   : 24 September 2023 (Ahad)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Pekan Serdang, Serdang, Kedah

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 24 September 2023 (Ahad) bertempat di sekitar Pekan Serdang, Serdang, Kedah dan dirasmikan oleh Dato’ Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK., dan diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Roslan Bin Hashim (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu), DSP Azmi Bin Mokhtar (Ketua Polis Daerah Bandar Baharu), Leftenan Kol.Khairudin Bin Mat Yusup (Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen 5.1.3 Askar Wataniah, Kulim),ASP Ab. Rahim Bin Mohamad (wakil Pegawai Pemerintah PGA Kulim), Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Pengetua dan Guru Besar Sekolah dalam Daerah Bandar Baharu.

Acara dimulakan dengan persembahan daripada Pancagaram Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma yang dibawakan khas daripada Alor Setar, Kedah bagi menyerikan lagi sambutan pada kali ini.

Seterusnya, acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Laungan Merdeka yang diiringi oleh pasukan Koir daripada Pejabat Daerah Bandar Baharu. Acara diteruskan lagi dengan persembahan tarian daripada artis-artis tari Badan Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, persembahan silat, persembahan tarian Lemak Manis, persembahan sajak, persembahan nyanyian daripada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu, serta persembahan Gerak Gempur daripada Batalion Ke-2 Rejimen 5.1.3 Askar Wataniah.

Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan acara perbarisan dan perarakan yang melibatkan 35 kontinjen iaitu Badan-Badan Beruniform, agensi-agensi kerajaan, sekolah menengah dan rendah, NGO, Persatuan dan Kelab, perarakan aset-aset jabatan termasuk kelab-kelab berbasikal dan permotoran serta persembahan paramotor.

Johan pertandingan perbarisan dan perarakan bagi kategori Jabatan Kerajaan Beruniform dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia, Johan bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform dimenangi oleh Majlis Daerah Bandar Baharu, Johan bagi kategori Sekolah Menengah dimenangi oleh Kadet Polis SMK Selama, Johan bagi kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Johan bagi kategori Tadika dimenangi oleh Pasti Al-Furqan dan Johan bagi kategori NGO/ Kelab/Persatuan/MKK/Mukim/DLL dimenangi oleh Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Bandar Baharu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua