Monday 11 December 2023

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

 


























𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Tarikh   : 24 September 2023 (Ahad)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Pekan Serdang, Serdang, Kedah

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 24 September 2023 (Ahad) bertempat di sekitar Pekan Serdang, Serdang, Kedah dan dirasmikan oleh Dato’ Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, DSDK., PSD., PMW., SDK., AMK., BCK., dan diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Roslan Bin Hashim (Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu), DSP Azmi Bin Mokhtar (Ketua Polis Daerah Bandar Baharu), Leftenan Kol.Khairudin Bin Mat Yusup (Penolong Pegawai Memerintah Batalion Ke-2 Rejimen 5.1.3 Askar Wataniah, Kulim),ASP Ab. Rahim Bin Mohamad (wakil Pegawai Pemerintah PGA Kulim), Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Pengetua dan Guru Besar Sekolah dalam Daerah Bandar Baharu.

Acara dimulakan dengan persembahan daripada Pancagaram Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma yang dibawakan khas daripada Alor Setar, Kedah bagi menyerikan lagi sambutan pada kali ini.

Seterusnya, acara diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Kedah dan Laungan Merdeka yang diiringi oleh pasukan Koir daripada Pejabat Daerah Bandar Baharu. Acara diteruskan lagi dengan persembahan tarian daripada artis-artis tari Badan Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman, persembahan silat, persembahan tarian Lemak Manis, persembahan sajak, persembahan nyanyian daripada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan kakitangan Pejabat Daerah Bandar Baharu, serta persembahan Gerak Gempur daripada Batalion Ke-2 Rejimen 5.1.3 Askar Wataniah.

Sambutan kali ini dimeriahkan lagi dengan acara perbarisan dan perarakan yang melibatkan 35 kontinjen iaitu Badan-Badan Beruniform, agensi-agensi kerajaan, sekolah menengah dan rendah, NGO, Persatuan dan Kelab, perarakan aset-aset jabatan termasuk kelab-kelab berbasikal dan permotoran serta persembahan paramotor.

Johan pertandingan perbarisan dan perarakan bagi kategori Jabatan Kerajaan Beruniform dimenangi oleh Polis Diraja Malaysia, Johan bagi Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Beruniform dimenangi oleh Majlis Daerah Bandar Baharu, Johan bagi kategori Sekolah Menengah dimenangi oleh Kadet Polis SMK Selama, Johan bagi kategori Sekolah Rendah dimenangi oleh Sekolah Kebangsaan Jalan Selama, Johan bagi kategori Tadika dimenangi oleh Pasti Al-Furqan dan Johan bagi kategori NGO/ Kelab/Persatuan/MKK/Mukim/DLL dimenangi oleh Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan (PSSGMK) Bandar Baharu. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua