Monday 11 December 2023

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 (𝐋𝐏𝐒) 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

















𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐒𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐔𝐃𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 (𝐋𝐏𝐒) 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐘𝐀𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Tarikh   : 16 Julai 2023 (Ahad)
Masa     : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Seri Tasik, Serdang, Kedah

Majlis Penyerahan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Peringkat Daerah Bandar Baharu telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, SPMK., AMK., Menteri Besar Kedah Darul Aman bertempat di Dewan Seri Tasik, Serdang, Kedah pada 16 Julai 2023 (Ahad) bermula jam 9.00 pagi.

Majlis ini diadakan bagi penyerahan geran tanah kepada individu yang telah berjaya mendapat kelulusan geran dan lesen pendudukan sementara (LPS) seramai 44 orang penerima.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Pegawai Agama Daerah, Syeikh Wan Addas bin Wan Abd. Hamid., PJK., dan diikuti dengan ucapan aluan daripada YBhg. Dato' Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah, Dato’ Md Suhaime bin Abd Rahman., DSDK., PJN., AMK., BCK., ASK.

Majlis diteruskan lagi dengan ucaptama oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman., Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md. Nor., SPMK., AMK., yang memberi fokus kepada pentingnya pemilikan tanah di Negeri Kedah ini sama ada untuk kegunaan pertanian, kediaman atau sebagainya. Beliau memohon kepada semua penerima geran tanah dan lesen pendudukan sementara (LPS) dalam majlis ini supaya menghargai pemilikan tanah yang telah berjaya kerana tempoh pemprosesan untuk mendapatkan geran tanah mengambil masa yang sangat panjang untuk diluluskan serta tanah-tanah yang telah dimiliki janganlah dijual dan biarlah ia berkekalan untuk diwarisi.

Setelah itu, majlis disempurnakan dengan penyerahan geran kepada semua penerima geran dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu kepada YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Majlis Penyerahan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Daerah Bandar Baharu Tahun 2023 ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua