ππππππππ πππππππππ πππππππ ππππ ππππππ πππππππ πππ πππππ πππππππππ ππππππ ππππππππππ πππππππππ ππππππ πππππ
Tarikh : 20 Mac 2023 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Seri Serdang
Karival Kesihatan Sempena Hari Kanser Sedunia dan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 20 Mac 2023 bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah.
Karnival bermula dengan perasmian oleh YB Dato' Dr Mohd Hayati Bin Othman, Ahli Mesyuarat Kerajaan , Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri Kedah. Karnival ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Turut hadir YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.
Pelbagai aktiviti diadakan antaranya :
π€ΈββοΈ SENAMROBIK
πͺ JOM SARING (kesihatan kendiri)
π CERAMAH KESIHATAN
π CABUTAN BERTUAH
π JOM DERMA DARAH
π DEMO MASAKAN
π PERTANDINGAN MEWARNA
πΈ PERSEMBAHAN KUGIRAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu atas anjuran karnival ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan karnival ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua