Tuesday 12 December 2023

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐌𝐈 – 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

 


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐌𝐈 – 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐊𝐎𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟑

Tarikh   : 10 Disember 2023 (Ahad)
Masa     : 8.00 pagi
Tempat : Taman Tasik Awam Serdang, Serdang, Kedah

Program Penghijauan Penanaman Pokok Peringkat Daerah Bandar Baharu anjuran bersama Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Perhutanan Daerah Kedah Selatan dan PEMADAM Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Bandar Baharu, Kelab Rekreasi Sukan Serdang Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 10 Disember 2023 jam 8.00 pagi bertempat di Taman Tasik Awam Serdang, Serdang,Kedah.

Program ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu iaitu Tuan Mohd Noor bin ismail, merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Puan Shuhaida binti Bideng Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Program ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta serta ketibaan Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., ADUN Bandar Baharu, Prof. Dr. Mohd Suffian Bin Haji Yusoff, Ahli-Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu, Ketua-Ketua Jabatan Daerah serta kakitangan-kakitangan agensi kerajaan dalam Daerah Bandar Baharu Serta Pelajar Universiti Kuala Lumpur Cawangan Kulim Kedah.

Aturcara program diteruskan dengan penyerahan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Jabatan yang terlibat dalam penganjuran bersama program ini.

Setelah itu, Tuan Pegawai Daerah, merangkap Pengerusi Puspanita Daerah Bandar Baharu menjalankan aktiviti penanaman pokok merbau sebagai simbolik program pada kali ini.

Program dijalankan bertujuan untuk menggalakkan penanaman pokok sebagai salah satu aktiviti penghijauan semula kawasan dan memelihara bumi untuk generasi akan datang. Pembangunan bandar yang seimbang dengan kelestarian alam sekitar.

Selain aktiviti penanaman pokok, terdapat juga aktiviti sampingan yang diadakan seperti ‘tree climbing’, ‘skyrunner’ dan berkayak di tasik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Perhutanan Daerah Kedah Selatan dan PEMADAM Daerah Bandar Baharu atas anjuran program ni dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua