Thursday 9 March 2023

PROGRAM "BACK TO SCHOOL" 2023 PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

TARIKH : 09 MAC 2023 (KHAMIS)
MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT MDBB

Program "Back To School"  PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu ini telah diadakan pada 09 Mac 2023 di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bandar Baharu pada jam 11.00 pagi. 

Program BTS ini merupakan salah satu inisiatif daripada Puspanita Cawangan Negeri Kedah bagi membantu ahli-ahli PUSPANITA dalam mempersiapkan diri anak-anak menghadapi sesi persekolahan bagi tahun 2023/2024.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Datin Azlina binti Md Zuki.

Seterusnya, penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu diiringi oleh Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Seramai 18 orang anak daripada ahli-ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menerima sumbangan Back to School Tahun 2023.

Selain itu, terdapat empat  orang lagi tambahan penerima dipilih untuk menerima sumbangan daripada Yayasan Widad. Yayasan ini juga turut memberikan sumbangan tambahan  iaitu peralatan alat tulis kepada kesemua 22 penerima sumbangan ini.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan Yayasan Widad yang telah memberikan sumbangan bagi program "Back to School" tahun 2023.

Semoga sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban ahli-ahli PUSPANITA khususnya PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dalam melengkapkan persiapan anak-anak bagi sesi persekolahan Tahun 2023 seterusnya menyuntik semangat anak-anak untuk ke kembali ke sekolah.

💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#kedahsejahteranikmatuntuksemua
#puspanitabb
#keluargaMalaysia