Monday, 3 July 2023

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐎𝐆𝐄𝐓𝐇𝐄𝐑@𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

 

















𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐓𝐎𝐆𝐄𝐓𝐇𝐄𝐑@𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐙𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇

TARIKH    :  27 JUN 2023 (SELASA)
MASA       :  11.00 PAGI
TEMPAT    :  FARMSTAY RELAU, SERDANG, KEDAH

Program Together @ Puspanita Di Daerah Bandar Baharu Dan Penyerahan Sumbangan Wakalah Zakat Bersama Puspanita Cawangan Negeri Kedah telah diadakan pada 27 Jun 2023 bertempat di Farmstay Relau, Bandar Baharu, Kedah.

Program tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Turut hadir YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Puan Noor Akmar binti Dato’ Paduka Mohd Omar, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah dan Pengerusi-Pengerusi PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah serta Ahli Jawatankuasa Biasa PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah turut berbesar hati untuk meluangkan masa untuk beramah mesra bersama semua ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

YBhg. Datin Seri turut sudi menyampaikan geran berjumlah RM1,000.00 kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dalam membantu melancarkan lagi pelaksanaan program PUSPANITA di peringkat daerah.

Di dalam majlis yang sama, YB. Dato' Seri dan YBhg. Datin Seri turut menyampaikan sumbangan wakalah zakat oleh As-Bina Consulting Sdn Bhd kepada dua puluh (20) orang penerima asnaf daripada enam (6) buah mukim di Bandar Baharu dan juga sumbangan PUSPANITA Di Hati kepada tiga (3) orang penerima yang layak dari Daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri atas kesudian menghadiri program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua