Sunday 27 August 2023

𝐌A𝐉L𝐈S K𝐀C𝐀U B𝐔B𝐔R A𝐒Y𝐔R𝐀 𝟏4𝟒5𝐇

 














𝐌A𝐉L𝐈S K𝐀C𝐀U B𝐔B𝐔R A𝐒Y𝐔R𝐀 𝟏4𝟒5𝐇

TARIKH    :  17 OGOS 2023 (KHAMIS)
MASA       :  8.30 PAGI
TEMPAT    :  KEDIAMAN RASMI PEGAWAI DAERAH BANDAR BAHARU

Sempena meraikan bulan Muharram PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Majlis Kacau Bubur Asyura dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Bandar Baharu.

Turut hadir YBhg. Dato' Haji Elmi Bin Yusoff Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, YBhg. Datin Azlina binti Md Zuki, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu dan Cik Siti Nur Atikah binti Moktar, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran Adun Bandar Baharu, YBhg. Ts. Dr. Haji Mohd Suffian Bin Haji Yusoff.

Program ini diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama Ahli PUSPANITA di samping memupuk semangat kerjasama dalam menyiapkan juadah bubur asyura untuk dinikmati bukan sahaja dalam kalangan ahli dan peserta yang hadir, bahkan juga untuk berkongsi nikmat dengan jabatan-jabatan kerajaan di daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu atas anjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua