Saturday, 14 February 2026

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔































06 Januari 2026 (Selasa)

Seramai 15 orang ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu
telah hadir Program Amanat Yang Dipertua PUSPANITA bersama PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2026, yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah.

Program Langkah Kasih Jelapang Padi 2026 diteruskan dengan acara kemuncaknya, iaitu amanat YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA yang julung kalinya akan disampaikan oleh beliau kepada semua ahli PUSPANITA yang hadir.

Di dalam ucapan amanatnya, YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil memaklumkan bahawa pelaksanaan Program Langkah Kasih PUSPANITA Kebangsaan yang mula digerakkan sejak tahun 2025, bertujuan untuk menyantuni masyarakat setempat serta menyemai nilai-nilai murni dan semangat saling membantu dalam kalangan ahli dan warga PUSPANITA di seluruh negara.

Menerusi progam ini juga, penyampaian sumbangan PUSPANITA DIHATI kepada 20 orang penerima serta sumbangan ‘Back To School’ kepada 50 orang pelajar telah dilaksanakan. PUSPANITA Kebangsaan turut menyempurnakan simbolik penyerahan sebanyak 200 set barang keperluan persekolahan bagi tujuan agihan kepada pelajar-pelajar terpilih di seluruh Negeri Kedah sempena inisiatif ‘Back To School’.

Selain itu, YBhg. Puan Sri turut berkesempatan melawat gerai jualan PUSPA Suri yang dikendalikan oleh ahli-ahli PUSPANITA sendiri di perkarangan dewan dengan diiringi oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua