Monday, 15 November 2021

PENYERAHAN SUMBANGAN KERUSI RODA OLEH PUSPANITA CAWANGAN KECIL DAERAH BANDAR BAHARU

 14 NOVEMBER 2021 (AHAD)

 
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan lawatan turun padang bagi menyantuni dan menziarahi Puan Arfah Binti Tamrin yang menetap di Taman Serdang, Serdang, Kedah. Baru-baru ini Puan Arfah telah diserang penyakit strok dan kini tidak mampu untuk bergerak sendiri memandangkan keadaan kakinya yang lumpuh dan setiap pergerakan perlu dibantu oleh suaminya.

Justeru itu, atas dasar prihatin dan peka kepada keperluan mereka yang memerlukan, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyumbang sebuah kerusi roda bagi memudahkan pergerakan pesakit berkenaan.

Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu.

Turut serta dalam sesi penyerahan sumbangan secara ringkas ini ialah Cik Siti Nor Atikah binti Moktar, (Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Puan Siti Halwani binti Abdul Halim (Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu), Cik Nur Aqilah Afiqah binti Damsek (Penolong Setiausaha PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu) dan Penghulu Mukim Serdang.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh pesakit berkenaan dan seterusnya memberi semangat dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam menempuh ujian ini. 
 
💻 Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu : https://puspanitabb.blogspot.com/