Monday 17 June 2024

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 & 𝐓𝐎𝐖𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐑𝐄𝐓𝐑𝐎 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆

 𝟐𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐀𝐡𝐚𝐝)

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐔 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍 & 𝐓𝐎𝐖𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐋 𝐒𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐑𝐄𝐓𝐑𝐎 𝐒𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐆


















Hari Bertemu Pelanggan & Town Hall Santai Retro Serdang yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan di Daerah Bandar Baharu telah diadakan bertempat di Tasek Serdang, Kedah bermula jam 9.00 pagi.

Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan dimulakan dengan aktiviti senamrobik serta taklimat ringkas oleh Pihak Majlis Daerah Bandar Baharu. Turut hadir Puan Noor Shuhaida binti Bideng, iaitu Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu. Seramai 20 orang Ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu terlibat menyertai program ini.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Bandar Baharu, PEMADAM Bandar Baharu, Puspanita Cawangan Kecil Bandar Baharu dan Bulan Sabit Merah Daerah Bandar Baharu.

Pelbagai aktiviti menarik dan pameran telah dipamerkan kepada para pengunjung yang hadir. Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan di antara Jabatan dan masyarakat setempat di samping memberi pendedahan sebenar fungsi dan objektif setiap jabatan dan agensi di Daerah Bandar Baharu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Daerah Bandar Baharu atas penganjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua