Sunday 2 June 2024

𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐑𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒














18 Mei 2024 (Sabtu)

Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai PUSPANITA Kedah Run 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Perkarangan Stadium Darul Aman, hari ini. Program larian ini diadakan bersempena dengan penganjuran Karnival Usahawan PUSPA Suri 02.2024 yang telah bermula pada 15 Mei sehingga 19 Mei 2024. Seramai lebih 860 orang peserta telah menyertai larian ini.

Puspanita Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar wakil seramai 12 orang hadir pada program tersebut. Ianya turut disertai oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Puan Noor Shuhaida binti Bideng yang juga bersama-sama melakukan larian tersebut.

Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff telah mencemar duli berangkat hadir bagi memeriahkan lagi PUSPANITA Kedah Run ini.

Bagi orang ramai yang tidak dapat menyertai larian, pelbagai pengisian menarik diadakan seperti aktiviti zumba oleh Zin Farizwan dan QAR Twin Fitness, persembahan ‘aerodance’ oleh Asmataria, demonstrasi silat, permainan tradisional congkak dan batu seremban serta persembahan ‘buskers’.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas penganjuran program ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang terlibat dalam program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua