Monday 22 July 2024

π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ "π‚π‹π„π€ππ–π€π‹πŠ" π’π„πŒππ„ππ€ πƒπ”π‘πˆπ€π π€π†π‘πŽ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

 

π€πŠπ“πˆπ•πˆπ“πˆ "π‚π‹π„π€ππ–π€π‹πŠ" π’π„πŒππ„ππ€ πƒπ”π‘πˆπ€π π€π†π‘πŽ π“πŽπ”π‘πˆπ’πŒ 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔



















Tarikh   : 13 Julai 2024 (Sabtu)
Masa     : 8.30 pagi
Tempat : Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah Darul Aman

PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menyertai Aktiviti "CleanWalk" Sempena Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu yang diadakan di Dataran Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah. Program ini bermula seawal jam 8.30 pagi.

Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu Tuan Mohd Noor Bin Ismail., AMK., BCK merangkap Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu turut hadir menjayakan program gotong-royong bersama-sama pelbagai agensi dan warga sekolah.

Program diteruskan dengan acara senamrobik dengan jurulatih yang juga merupakan seorang kakitangan di Majlis Daerah Bandar Baharu iaitu En. Abdul Rashid Bin Abu.

Aktiviti diteruskan lagi dengan program “CleanWalk” di mana Tuan Pegawai Daerah serta seluruh kakitangan serta ahli PUSPANITA Bandar Baharu yang hadir dibahagikan kawasan gotong-royong untuk mengutip sampah dan membersihkan kawasan sekitar Dataran Bandar Baharu bagi tujuan pengindahan dan penghijauan bumi.

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menyertai aktiviti ini. Semoga jalinan kerjasama antara pelbagai jabatan ini akan terus kekal erat dalam setiap aktiviti atau program pada masa akan datang.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

πŸ’» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua