Sunday 28 July 2024

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐒𝐀𝐒𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐃𝐔𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐆𝐑𝐎 𝐓𝐎𝐔𝐑𝐈𝐒𝐌 𝐅𝐄𝐒𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒


















































14 Julai 2024 (Ahad)

Bersempena dengan penganjuran Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu Tahun 2024, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Pertandingan Masakan Berasaskan Durian bertempat di Laman Santai Bandar Baharu, Bandar Baharu, Kedah.

Sebanyak 14 buah kumpulan yang terdiri daripada 28 orang peserta dalam kalangan ahli PUSPANITA dan orang ramai telah menyertai pertandingan ini. Pelbagai juadah masakan berasaskan durian telah disediakan oleh semua peserta dan semuanya kelihatan menarik berdasarkan kreativiti dan pengalaman masing-masing.

Semua peserta juga tampak ‘sporting’ dan menawan berpakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu berkonsepkan tradisional. YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah sudi menjadi ketua juri masakan bersama-sama tiga (3) lagi orang juri dari PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, iaitu Puan Suriani binti Ahmad, Puan Nurzarith Shafiqah binti Mohamad Rodzi dan Cik Siti Nur Fasihah binti Rosli.

Johan pertandingan adalah kumpulan PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Baling yang telah mengetengahkan juadah roti jala dan lempeng bersama kuah durian. Manakala Naib Johan pula dimenangi oleh Kumpulan Teratai yang menampilkan masak lemak tempoyak udang galah dan Kumpulan D’ Dapoq Klasik (PUSPANITA Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah) telah mendapat tempat ketiga melalui juadah masak lemak tempoyak dan sambal belacan tempoyak. Pemenang masing-masing telah menerima wang tunai berjumlah RM300, RM200 dan RM100 beserta sijil penghargaan. Hadiah saguhati berupa hamper turut diberikan kepada peserta lain. Hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YBhg. Datin Seri Norhasni kepada semua peserta terlibat.

Turut hadir ke program ini adalah, Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, YBhg. Datin Hajah Suriyati binti Haji Sabar, Pengerusi PUSPANITA Majlis Bandaraya Alor Setar, YBhg. Datin Nur Marzlina binti Marzuki, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Kota Setar, Puan Disarina binti Nayan, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Padang Terap, Puan Haslizawati binti Shamshudin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Pokok Sena, Puan Amila binti Ahmad, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Langkawi dan Puan Noor Akmar binti Dato’ Paduka Mohd. Omar, Setiausaha PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah.

Tahniah dan syabas diucapkan ahli PUSPANITA kerana menyertai program yang meriah dan bermanfaat ini. Semoga program sebegini dapat merapatkan lagi ukhuwah sesama ahli PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah di Negeri Kedah.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua