Tuesday, 23 September 2025

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐀𝐒) 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐊𝐋𝐀𝐒) 𝐑𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝟐 𝐃𝐈 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔






















Seramai 40 orang peserta kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun bagi kategori keluarga B40 telah dipilih untuk menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang bagi tahun 2025 Fasa 2 di Daerah Bandar Baharu bagi menjalani latihan renang sesi pertama di Kolam Bukit Angin, Bandar Baharu.

Sebanyak 6 sesi kelas renang akan diadakan bermula jam 9.00 pagi bagi kumpulan pertama dan jam 10.00 pagi bagi kumpulan kedua. Latihan akan dilaksanakan setiap hari Jumaat bermula 29 Ogos 2025 dan dijangka tamat pada 3 Oktober 2025.

Objektif KLAS Renang ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat serta menerapkan kemahiran individu dalam aktiviti renang seterusnya meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Turut serta dalam program ini ialah anak-anak ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang mengambil bahagian secara aktif dalam latihan renang berkenaan.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua