𝐏𝐄𝐑𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟓𝐌 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐑𝐎 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
21 September 2025 (Ahad)
PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui Biro Agama dan Kerohanian telah menganjurkan Program Sambutan dan Perarakan Sempena Maulidur Rasul 1447H/2025M dengan penuh semangat kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Program yang diadakan buat julung kalinya itu telah menghimpunkan hampir 100 orang ahli PUSPANITA dari sembilan daerah dan jabatan. Perarakan bermula dari Dataran Pahlawan, Alor Setar menuju ke Rumah PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, diiringi dengan laungan selawat dan puji-pujian kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Menambahkan lagi seri acara, perarakan turut disertai oleh YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, yang bersama-sama ahli-ahli lain berarak sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada Rasulullah SAW.
Sambutan diteruskan lagi dengan persembahan nasyid istimewa dari Institut Al Quran Darul Aman (IQDAR). Selain itu, pertandingan “Sepanduk Paling Kreatif” yang dianjurkan berjaya mencuri tumpuan apabila setiap daerah menampilkan kreativiti masing-masing dengan mesej dakwah dan nilai estetika yang tersendiri yang mencerminkan semangat kebersamaan dan keutuhan akhlak yang menjadi asas kesejahteraan masyarakat Islam.
Jutaan tahniah kepada Biro Agama dan Kerohanian atas penganjuran yang cukup bermanfaat dan penuh simbolik ini dan tahniah kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua