𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓
11 Oktober 2025 (Sabtu)
Program Sukan Rakyat sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Bandar Baharu telah diadakan pada 11 Oktober 2025 di Padang Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah. Program ini bertujuan memupuk semangat kesukanan dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan orang ramai.
Pelbagai acara menarik telah diadakan pada Program Sukan Rakyat seperti Acara Rebut Kerusi, Bowling Padang, Tarik Tali, Congkak, Dam Aji, Puzzle dan Dam Ular. Ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu diberi mandat untuk menyelaras program ini dengan menjadi urusetia dan juri pertandingan, sekaligus menunjukkan sokongan terhadap usaha memupuk budaya bersukan di peringkat awal usia. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah disampaikan oleh Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu kepada para pemenang atas usaha dan penghargaan.
Terima kasih tak terhingga buat Pejabat Belia dan Sukan atas anjuran program ini dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen menjayakan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu 2025.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua




















































