πππππππ ππππ πππππ ππππππ ππππππ ππππππ ππππππ ππππ
Tarikh : 10,11 dan 12 Oktober 2025
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah
Program Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Bandar Baharu bagi tahun 2025 telah diadakan pada 10,11 dan 12 Oktober 2025. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu di Dewan Seri Serdang, Serdang, Kedah. Turut hadir bersama Puan Noor Shuhaida binti Bideng, Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, serta Ketua-ketua jabatan daerah Bandar Baharu dan orang ramai.
Pelbagai acara sukan telah dilakukan sepanjang 3 hari berlangsungnya program ini. Antaranya Pertandingan Badminton Tertutup HSN, Kayuhan Madani 30-40km, Larian Ria Madani 5KM, Sukan Rakyat, Sukaneka Kanak2, Mari Mencuba Memanah dan Berkuda, Pertandingan Street Soccer, Senamrobik HSN dan Serdang Explorer Run 10KM.
Program ini telah mendapat sambutan yang luar biasa dari penduduk dan agensi-agensi kerajaan/swasta sekita Daerah Bandar Baharu khususnya penglibatan keseluruhan untuk kesemua acara sukan bagi program ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu dan terima kasih ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
π» Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua