Wednesday, 8 October 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍













































28 September 2025 (Ahad)

Pertandingan Pakaian Beragam Bertemakan Kemerdekaan bersempena dengan Program Bersama Komuniti Jiwa Merdeka Bebas Dadah telah diadakan pada 28 September 2025 jam 2.45 petang.
Seramai 20 orang peserta berusia antara 5 hingga 12 tahun telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini dengan penuh semangat patriotik.

Para peserta tampil dengan pelbagai rekaan pakaian kreatif yang menonjolkan unsur kemerdekaan dan cinta akan negara. Pertandingan ini diadili oleh barisan juri daripada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, yang menilai berdasarkan kreativiti, kesesuaian tema dan persembahan peserta.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan ini. Hadiah dan sijil penghargaan disampaikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua