𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐃𝐄𝐄𝐏𝐀𝐕𝐀𝐋𝐈
16 Oktober 2025 (Khamis)
Sempena perayaan Hari Deepavali, PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah melalui Biro Kebajikan telah menyampaikan sumbangan kepada enam (6) orang penerima iaitu ahli berbangsa India daripada pelbagai daerah dan jabatan yang berkelayakan di negeri Kedah.
Sumbangan ini merupakan tanda keprihatinan dan kasih sayang PUSPANITA terhadap masyarakat berbilang kaum, serta simbol semangat perpaduan yang sentiasa mekar di bumi Kedah Darul Aman.
Penerima dari ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu adalah Puan Muniama A/P Seenivasagam dari Pejabat Daerah Bandar Baharu sedang menghidapi stroke dan sekarang beliau sedang menjalani rawatan susulan di hospital. Sumbangan disampaikan oleh oleh Yang Berbahagia Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK., BCK., Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu. Turut menerima sumbangan sempena Deepavali iaitu kakitangan dari Majlis Daerah Bandar Baharu.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Puspanita Negeri Kedah atas sumbangan ini. Semoga bantuan yang diterima dapat meringankan bebanan serta memberi keceriaan bersama.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua






