𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐃𝐀𝐇 𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐏𝐃𝐑𝐌
28 September 2025 ( Ahad)
Taklimat Kesedaran Dadah bersempena Program Bersama Komuniti Jiwa Merdeka Bebas Dadah telah diadakan pada 28 September 2025 jam 2.30 petang. Taklimat ini telah disampaikan oleh Inspektor Maladevi A/P Kaliapan Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu yang bertajuk Kesedaran Dan Bahaya DADAH Dalam Kehidupan Serta Kesan-Kesan Pengambilan Dadah Kepada Diri Keluarga Dan Masyarakat.
Melalui sesi taklimat ini, para peserta diberi maklumat mengenai jenis-jenis dadah, kesan buruk terhadap individu, keluarga serta masyarakat, dan langkah pencegahan yang boleh diambil. Program ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan negara dengan menjauhi gejala tidak sihat serta menggalakkan gaya hidup sihat dan bebas dadah.
Program berakhir dengan sesi soal jawab dan penyampaian pesanan motivasi daripada pihak PDRM agar masyarakat terus berganding bahu memerangi ancaman dadah demi melahirkan komuniti “Jiwa Merdeka Bebas Dadah”.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua















