Wednesday, 8 October 2025

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍

 

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐇𝐈𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍









28 September 2025 (Ahad)

Pertandingan Menghias Kek Bertemakan Kemerdekaan bersempena dengan Program Bersama Komuniti Jiwa Merdeka Bebas Dadah telah diadakan pada 28 September 2025 jam 3.30 petang.

Seramai 10 orang peserta yang menunjukkan kreativiti dan semangat patriotik masing-masing melalui hasil hiasan kek bertemakan kemerdekaan. Pertandingan ini diadili oleh barisan juri daripada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, yang menilai berdasarkan aspek kreativiti, kekemasan, dan kepatuhan kepada tema.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan ini. Hadiah dan sijil penghargaan disampaikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti.

TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua