𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐈𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀𝐀𝐍
28 September 2025 (Ahad)
Pertandingan Basikal Berhias bertemakan Kemerdekaan bersempena dengan Program Bersama Komuniti Jiwa Merdeka Bebas Dadah telah diadakan pada 28 September 2025 jam 4.00 petang.
Seramai enam orang peserta telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang penuh semangat patriotik. Setiap peserta menampilkan kreativiti tersendiri dengan menghias basikal menggunakan warna Jalur Gemilang serta pelbagai elemen bertemakan kemerdekaan. Pertandingan ini telah diadili oleh barisan juri daripada PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan ini. Hadiah dan sijil penghargaan disampaikan kepada pemenang sebagai tanda penghargaan atas usaha dan kreativiti.
TAHNIAH kepada ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu yang memberi komitmen bagi menjayakan program ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua













