Wednesday, 8 October 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

































28 September 2025 (Ahad)

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Bandar Baharu Tahun 2025 pada 28 September 2025 telah diadakan bertempat di Pekan Serdang, Bandar Baharu, Kedah dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor Bin Ismail, AMK.,BCK.

Antara tetamu yang menghadiri sambutan tersebut ialah YB Roslan Bin Hashim, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB.Ts.Dr.Mohd Suffian Bin Yusoff Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, YDH Supt.Syamsul Bin Sinring Ketua Polis Bandar Baharu serta Ketua-ketua jabatan daerah Bandar Baharu dan orang ramai.

Majlis diteruskan dengan gimik penyerahan bendera malaysia oleh 3 ekor kuda dari EQ Services kepada Yang  Berbahagia Tuan Pegawai Daerah serta disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Negeri Kedah.

Majlis diteruskan dengan perbarisan dan perarakan daripada  Kontinjen-kontinjen yang bertanding di bawah kategori Jabatan Kerajaan Beruniform, Persatuan/MKK/Pertubuhan/NGO, Sek.Men Beruniform, Sek.Ren Dan Tadika serta perarakan kuda oleh syarikat EQ services.

Majlis perarakan diteruskan dengan perarakan kenderaan dari Aset Jabatan/Agensi, diikuti Persembahan Pancaragam daripada Pasukan Pancaragam Sek.Keb Baling kedah, persembahan daripada Persatuan Silat Gayong Malaysia, persembahan kesenian dan kebudayaan, persembahan sajak dan syair oleh Puan Nurul Haniza Binti Abd Ghani, Setiausaha PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Majlis berakhir dengan sesi penyampaian hadiah bagi semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam majlis perarakan.

Terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan majlis sempena sambutan hari kebangsaan peringkat daerah bandar baharu bagi tahun 2025.

"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"

Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1

💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120

#PUSPANITABandarBaharu
#PUSPANITA40Tahun
#kedahsejahteranikmatuntuksemua