𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐃𝐀𝐑𝐔𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌/𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇
08 Mac 2026 (Ahad)
Bersempena bulan Ramadan 1447H pada tahun ini, Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah menganjurkan Program PUSPANITA Bertadarus dan Majlis Khatam Al-Quran Tahun 2026M/1447H dengan penglibatan peserta daripada seluruh daerah dan pelbagai jabatan serta agensi di Negeri Kedah.
Program ini telah diadakan di Masjid Zahir, Alor Setar. Majlis Khatam Al-Quran kemudiannya telah diketuai oleh YBhg. Datin Hajah Mariah binti Hitam, Ahli Jawatankuasa Biro Pesara. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Seri Norhasni binti Ishak, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah. Turut hadir, YBhg. Datin Wira Hajah Mahfuzah binti Mat Desa, Pengerusi PUSPANITA Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, YBrs. Puan Hajah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad, Pengerusi Biro Agama dan Kerohanian PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah, para pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah serta Pengerusi PUSPANITA Jabatan di Negeri Kedah.
PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu telah menghantar 4 orang wakil iaitu pada majlis tersebut. Terima kasih kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah atas anjuran majlis ini.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua







.jpg)
.jpg)
.jpg)









