𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐈𝐇𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟕𝐇, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐘𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐃𝐀𝐁𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐋-𝐌𝐔𝐁𝐀𝐑𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐃𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
14 Mac 2026 (Sabtu)
PEMADAM Negeri Kedah dengan kerjasama PEMADAM Daerah Bandar Baharu serta PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah mengadakan Program Majlis Penghayatan Tadabbur Al-Quran bersama Komuniti yang berlangsung di Dewan Masjid Al Islah, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baharu, Kedah.
Program ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah binti Haji Ghazali (Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah) selaku Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Kedah, hadir merasmikan program ini.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Ashah menekankan bahawa usaha mencegah dadah bukan sahaja memerlukan tindakan penguatkuasaan, malah perlu diperkukuhkan melalui pendekatan pendidikan, penghayatan agama serta sokongan masyarakat secara menyeluruh. Beliau turut mengajak semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan dalam membina komuniti yang sihat, sejahtera dan bebas daripada ancaman dadah.
Sebagai simbolik keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, turut diadakan penyerahan Bakul Ramadan kepada 30 orang penerima.
Semoga usaha sebegini terus menyemarakkan kesedaran masyarakat serta memperkukuhkan peranan komuniti dalam memerangi gejala dadah demi kesejahteraan generasi masa hadapan.
"WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT"
🖱Web Rasmi Puspanita Daerah Bandar Baharu:
https://puspanitabb.blogspot.com/?m=1
💻 Facebook Page : https://www.facebook.com/profile.php?id=100069060825120
#PUSPANITABandarBaharu
#kedahsejahteranikmatuntuksemua





























