20 Julai 2020 (Isnin)
Program Bicara Fatwa bertajuk Ibadah Korban Pasca Covid-19 peringkat Daerah Bandar Baharu anjuran Majlis Mufti Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu
bertempat di Dewan Seri Serdang, Bandar Baharu.
Moderator program ini ialah SF Tuan Syeikh Alwi bin Othman, Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan ahli panel SS Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah dan SF Dato' Sheikh Abdullah bin Awang Sa, Timbalan Mufti Negeri Kedah.
Program ini turut disertai oleh YB Dato' ADUN Bandar Baharu, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu-penghulu mukim dan Guru-guru KAFA serta Ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Antara intipati bicara tersebut adalah perkongsian ilmu berkenaan konsep ibadah korban yang akan disambut dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bicara Fatwa tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab berkenaan ibadah korban.
Akhir kalam, diharap program ini mampu memberi info yang berguna kepada seluruh umat Islam khasnya berkenaan ibadah korban.
Terdengar azan di pagi hari
Burung-burung berkicau sakan
Aidiladha berkunjung lagi
Ayuhla kita sama meraikan
Monday, 20 July 2020
Saturday, 18 July 2020
Program Sumbangan kepada Ibu Tunggal Desa KEDA Baling
18 Julai 2020 (Sabtu)
Program Sumbangan kepada Ibu Tunggal Desa KEDA Baling
Program tersebut merupakan anjuran PUSPANITA Daerah Baling bertempat di Desa KEDA Ulu Legong, Baling Kedah.
Program tersebut dirasmikan oleh YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah dan turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah-daerah.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu diwakili oleh Puan Nurmajidah bt Md Salleh selaku Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Acara utama program tersebut adalah pemberian sumbangan kepada ibu tunggal Desa KEDA Ulu Legong, Baling Kedah. Diharapkan dengan bantuan tersebut mampu meringankan beban mereka.
Terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Daerah Baling atas jemputan.
Program Sumbangan kepada Ibu Tunggal Desa KEDA Baling
Program tersebut merupakan anjuran PUSPANITA Daerah Baling bertempat di Desa KEDA Ulu Legong, Baling Kedah.
Program tersebut dirasmikan oleh YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah dan turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA Daerah-daerah.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu diwakili oleh Puan Nurmajidah bt Md Salleh selaku Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Acara utama program tersebut adalah pemberian sumbangan kepada ibu tunggal Desa KEDA Ulu Legong, Baling Kedah. Diharapkan dengan bantuan tersebut mampu meringankan beban mereka.
Terima kasih diucapkan kepada PUSPANITA Daerah Baling atas jemputan.
Thursday, 16 July 2020
Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Kubang Pasu
16 Julai 2020 -Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Kubang Pasu
Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Kubang Pasu merupakan program anjuran bersama PUSPANITA cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Cawangan Daerah Kubang Pasu dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Paduka Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah.
YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah turut hadir dalam program berkenaan dan meluangkan masa menyertai aktiviti hiking Bukit Mokcun. Selain itu, peserta-peserta program terdiri daripada Pengerusi, Penasihat serta ahli-ahli PUSPANITA cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA cawangan kecil daerah-daerah.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu diwakili oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad dan Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu, Encik Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. serta 5 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.
Acara utama program ini adalah hiking Bukit Mokcun, Kodiang. Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu tidak melepaskan peluang untuk turut serta mendaki bukit tersebut dan berjaya sampai ke puncak pada jam 11.00 pagi.
Selain acara hiking Bukit Mokcun, turut diadakan majlis persaraan YBhg. Dato' Pegawai Daerah Kubang Pasu, pemberian sumbangan kepada asnaf dan senamrobik.
Sekalung tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Daerah Kubang Pasu atas penganjuran program tersebut.
Terima Kasih.
Monday, 13 July 2020
12 JULAI 2020 (AHAD) Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah Darul Aman.
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Program Derma Darah peringkat Daerah Bandar Baharu yang julung
kalinya diadakan pada 12 Julai 2020 anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu &
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Unit Patologi dan Transfusi
Darah Hospital Kulim serta Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu berlangsung
dengan jayanya.
Sebanyak 85 beg darah berjaya diperoleh, hampir 30 wanita yang
layak telah menjalani ujian Pap Smear dengan menggunakan kaedah ujian Human
Papiloma Virus (HPV) DNA. Kaeadah ini merupakan kaedah baru dalam
pengujian kanser serviks dan baru dilaksanakan di empat buah negeri termasuk
Kedah. Pemeriksaan HPV DNA ini dilakukan sendiri dan hanya 5 minit diperlukan
menggunakan kaedah persampelan sendiri dan tidak menyakitkan. Setiap
wanita dibekalkan dengan kit ujian dan
mereka mengambil sampel sendiri di kawasan tertutup dengan lebih privasi.
Selain itu, pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk membuat
pemeriksaan Body Mass Index (BMI) , memeriksa tahap gula dalam darah dan
tekanan darah. Seterusnya peserta diberikan khidmat nasihat berdasarkan
keputusan ujian saringan yang dilakukan. Rata-rata peserta teruja dan tidak
melepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta melakukan saringan kesihatan.
Selain pemeriksaan kesihatan dan derma darah, peserta juga
berpeluang melihat pameran dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan
Penerangan Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Kesihatan
Daerah Bandar Baharu, Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Agensi Anti Dadah
Kebangsaan Daerah Bandar Baharu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bandar
Baharu.
Tuntasnya, PUSPANITA Bandar Baharu ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua Ahli-ahli Majlis MDBB, MDBB, Pejabat Kesihatan Daerah
Bandar Baharu , Unit Patologi dan Transfusi Darah Hospital Kulim, IPD Bandar
Baharu , APM Bandar Baharu , RELA Bandar Baharu , Pejabat Penerangan Daerah
Bandar Baharu, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu serta para penderma darah
yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Bandar Baharu , Pejabat Daerah dan Tanah
Bandar Baharu, MDBB, APM Bandar Baharu , RELA Bandar Baharu, AADK Bandar
Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Bandar Baharu , Lembaga Zakat Negeri Kedah,
MIC, Tenaga Nasional Berhad, Persatuan Pendidikan Moral Chee Hong Kor Serdang,
Persatuan Bekas Murid Sekolah Cina Serdang
serta semua individu penderma yang telah menjayakan Program Derma Darah
Peringkat Daerah Bandar Baharu.
TAHNIAH DAN SYABAS!!!
ANDA SEMUA WIRA NEGARA
27 Jun 2020 (Sabtu) Program Hiking Santai @Bukit Limau Permatang Kerat Telunjuk Bandar Baharu
Program Hiking Santai @Bukit Limau
Permatang Kerat Telunjuk Bandar Baharu anjuran PUSPANITA Daerah Bandar Baharu
dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu telah diadakan dengan
jayanya pada 27 Jun 2020 yang lalu dan merupakan program pertama yang diadakan
oleh PUSPANITA Bandar Baharu bagi tahun 2020 di bawah kepimpinan Tuan Penasihat
PUSPANITA Bandar Baharu yang baharu iaitu Encik Mohamad Subhi bin Abdullah,
AMK., BCK. dan Puan Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad.
Selain melibatkan ahli-ahli PUSPANITA
Daerah Bandar Baharu, program tersebut turut disertai oleh YB ADUN Bandar
Baharu, Pegawai Daerah Bandar Baharu dan Ketua Penolong Pegawai Daerah
(Pengurusan Tanah) serta Pegawai Belia dan Sukan Bandar Baharu.
Pendakian bermula pada jam 8.00pg dan
berakhir jam 9.30pg. Majlis diakhiri dengan jamuan sarapan pagi iaitu nasi
lemak dan pulut durian sumbangan YB ADUN Bandar Baharu serta buah-buahan
tempatan termasuk durian, rambutan dan manggis. Para peserta turut menerima
Sijil Penyertaan program.
Puan Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu
menzahirkan rasa teruja dan bersyukur dengan kerjasama yang diterapkan dalam
kalangan ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dalam menjayakan program
tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa
PUSPANITA Bandar Baharu akan sentiasa aktif dan akan membuat program-program
secara berterusan.
Subscribe to:
Posts (Atom)