Monday 13 July 2020

25 JUN 2020 - Pemberian Geran Kepada PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu


Mesyuarat Majlis Tertinggi PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah Darul Aman Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada 25 Jun 2020 yang lalu bertempat di Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah.  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah, YBhg Datin Paduka Hariyanti Binti Amit.

Bersempena dengan mesyuarat tersebut, telah disampaikan geran berjumlah RM 1,000.00 berbentuk tunai kepada setiap Pengerusi dan Timbalan Pengerusi yang hadir.

Puan Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad telah menerima geran  berjumlah RM 1,000.00 berbentuk tunai daripada PUSPANITA Negeri Kedah yang disampaikan oleh Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah,  YBhg. Datin Paduka Hariyanti Binti Amit.  Selain itu, turut disampaikan juga surat perlantikan Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah kepada Pengerusi-pengerusi PUSPANITA Daerah.