Thursday 16 July 2020

Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Kubang Pasu


16 Julai 2020 -Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Kubang Pasu

Program Lawatan Turun Padang PUSPANITA Negeri Kedah ke Daerah Kubang Pasu merupakan program anjuran bersama PUSPANITA cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Cawangan Daerah Kubang Pasu dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Paduka Penasihat PUSPANITA Negeri Kedah.

YBhg. Datin Paduka Pengerusi PUSPANITA Negeri Kedah turut hadir dalam program berkenaan dan meluangkan masa menyertai aktiviti hiking Bukit Mokcun. Selain itu, peserta-peserta program terdiri daripada Pengerusi, Penasihat serta ahli-ahli PUSPANITA cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA cawangan kecil daerah-daerah.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu diwakili oleh Puan Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad dan Tuan Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu, Encik Mohamad Subhi bin Abdullah, AMK., BCK. serta 5 orang ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Acara utama program ini adalah hiking Bukit Mokcun, Kodiang. Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu tidak melepaskan peluang untuk turut serta mendaki bukit tersebut dan berjaya sampai ke puncak pada jam 11.00 pagi.

Selain acara hiking Bukit Mokcun, turut diadakan majlis persaraan YBhg. Dato' Pegawai Daerah Kubang Pasu, pemberian sumbangan kepada asnaf dan senamrobik.

Sekalung tahniah diucapkan kepada PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah dan PUSPANITA Daerah Kubang Pasu atas penganjuran program tersebut.

Terima Kasih.