Pada 7 Jun 2020 (Ahad) yang lalu telah berlangsung satu sesi
perjumpaan Suai Kenal Pengerusi PUSPANITA Bandar Baharu, Puan Amila binti Ahmad
bersama-sama Pengerusi dan Setiausaha Biro-biro PUSPANITA Bandar Baharu. Turut hadir bersama dalam sesi tersebut
adalah Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu selaku Penasihat PUSPANITA Daerah
Bandar Baharu.
Perjumpaan ini diadakan bagi memperkenalkan Puan Pengerusi dan Tuan
Penasihat PUSPANITA Bandar Baharu yang telah berpindah ke Daerah Bandar Baharu
berkuat kuasa 14 Mei 2020. Setiap
Pengerusi dan Setiausaha Biro-biro turut memperkenalkan diri dalam sesi
tersebut.
PUSPANITA Daerah Bandar Baharu mengalu-alukan kedatangan Puan
Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Tuan Penasihat PUSPANITA ke Daerah
Bandar Baharu.
Terbang kumbang mencari makan,
Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu Ilahi
Selamat Datang Tuan dan Puan