Monday 20 July 2020

Program Bicara Fatwa bertajuk Ibadah Korban Pasca Covid-19 peringkat Daerah Bandar Baharu

20 Julai 2020 (Isnin)
Program Bicara Fatwa bertajuk Ibadah Korban Pasca Covid-19  peringkat Daerah Bandar Baharu anjuran Majlis Mufti Negeri Kedah dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu
bertempat di Dewan Seri Serdang, Bandar Baharu.

Moderator program ini ialah SF Tuan Syeikh Alwi bin Othman, Pegawai Agama Daerah Bandar Baharu dan ahli panel SS Dato' Paduka Syeikh Fadzil bin Haji Awang, Mufti Negeri Kedah dan SF Dato' Sheikh Abdullah bin Awang Sa, Timbalan Mufti Negeri Kedah.

Program ini turut disertai oleh YB Dato' ADUN Bandar Baharu, Ketua-ketua Jabatan, Penghulu-penghulu mukim dan Guru-guru KAFA serta Ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Antara intipati bicara tersebut adalah perkongsian ilmu berkenaan konsep ibadah korban yang akan disambut dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bicara Fatwa tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab berkenaan ibadah korban.

Akhir kalam, diharap program ini mampu memberi info yang berguna kepada seluruh umat Islam khasnya berkenaan ibadah korban.

Terdengar azan di pagi hari
Burung-burung berkicau sakan
Aidiladha berkunjung lagi
Ayuhla kita sama meraikan