Monday 13 July 2020

12 JULAI 2020 (AHAD) Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu bertempat di Dewan Seri Serdang, Kedah Darul Aman.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Program Derma Darah peringkat Daerah Bandar Baharu yang julung kalinya diadakan pada 12 Julai 2020 anjuran Majlis Daerah Bandar Baharu & PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dengan kerjasama Unit Patologi dan Transfusi Darah Hospital Kulim serta Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu berlangsung dengan jayanya.

Sebanyak 85 beg darah berjaya diperoleh, hampir 30 wanita yang layak telah menjalani ujian Pap Smear dengan menggunakan kaedah ujian Human Papiloma Virus  (HPV) DNA.  Kaeadah ini merupakan kaedah baru dalam pengujian kanser serviks dan baru dilaksanakan di empat buah negeri termasuk Kedah. Pemeriksaan HPV DNA ini dilakukan sendiri dan hanya 5 minit diperlukan menggunakan kaedah persampelan sendiri dan tidak menyakitkan. Setiap wanita  dibekalkan dengan kit ujian dan mereka mengambil sampel sendiri di kawasan tertutup dengan lebih privasi.

Selain itu, pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk membuat pemeriksaan Body Mass Index (BMI) , memeriksa tahap gula dalam darah dan tekanan darah. Seterusnya peserta diberikan khidmat nasihat berdasarkan keputusan ujian saringan yang dilakukan. Rata-rata peserta teruja dan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk turut serta melakukan saringan kesihatan.

Selain pemeriksaan kesihatan dan derma darah, peserta juga berpeluang melihat pameran dari agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan Daerah Bandar Baharu, Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Bandar Baharu dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Bandar Baharu.

Tuntasnya, PUSPANITA Bandar Baharu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Ahli-ahli Majlis MDBB, MDBB, Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu , Unit Patologi dan Transfusi Darah Hospital Kulim, IPD Bandar Baharu , APM Bandar Baharu , RELA Bandar Baharu , Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu, Pejabat Agama Daerah Bandar Baharu serta para penderma darah yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Bandar Baharu , Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu, MDBB, APM Bandar Baharu , RELA Bandar Baharu, AADK Bandar Baharu, Pejabat Belia dan Sukan Bandar Baharu , Lembaga Zakat Negeri Kedah, MIC, Tenaga Nasional Berhad, Persatuan Pendidikan Moral Chee Hong Kor Serdang, Persatuan Bekas Murid Sekolah Cina Serdang  serta semua individu penderma yang telah menjayakan Program Derma Darah Peringkat Daerah Bandar Baharu.

TAHNIAH DAN SYABAS!!!

ANDA SEMUA WIRA NEGARA