Sunday 13 September 2020

Program Merdeka @ Komuniti dan Program Asyura Daerah Bandar Baharu 2020 anjuran bersama Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Depo Kenderaan, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang Kedah.


13 September 2020 (AHAD)

Program Merdeka @ Komuniti dan Program Asyura Daerah Bandar Baharu 2020 anjuran bersama Majlis Daerah Bandar Baharu, Pejabat Penerangan Daerah Bandar Baharu dan PUSPANITA Daerah Bandar Baharu telah diadakan di Depo Kenderaan, Majlis Daerah Bandar Baharu, Serdang Kedah.

Kedua-dua program ini dirasmikan oleh Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Penasihat PUSPANITA Daerah Bandar Baharu.

Turut serta YB Dato' ADUN Bandar Baharu, Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Ahli-ahli PUSPANITA Daerah Bandar Baharu, Ahli-Ahli Majlis MDBB serta warga kerja Majlis Daerah Bandar Baharu dan Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu.

Setelah selesai perasmian program tersebut, Tuan Pegawai Daerah / YDP MDBB bersama-sama YB Dato ADUN Bandar Baharu, Puan Pengerusi PUSPANITA Daerah Bandar Baharu dan Pegawai Penerangan Daerah Bandar Baharu telah menghadiri Program Asyura yang dijalankan di Pejabat AADK Daerah Bandar Baharu, Serdang, Bandar Baharu bersama warga kerja dan para klien AADK Bandar Baharu dan disambut oleh Pegawai AADK Daerah Bandar Baharu.

PUSPANITA Daerah Bandar Baharu turut mengagihkan Bubur Asyura kepada para barisan hadapan (frontliners) dalam Daerah Bandar Baharu termasuklah Ibu Pejabat Polis Daerah BB, Pejabat Kesihatan Daerah BB, APM, RELA dan Balai Bomba dan Penyelamat Serdang sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam membendung penularan pandemik Covid-19.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah terlibat menjayakan program pada hari ini.

#covid19

#staysafe

#stayhome

#MalaysiakuMerdeka

#Malaysiaprihatin

#merdekamoments

#kedahsejahteranikmatuntuksemua

#PuspanitaBB

#KitaMestiMenang